Rekrut Staf!! Jom... Bantu Kami Terjemah Manga~
Dipendekkan cite... berminat? Join kitaorg terjemah manga Jepun ke Melayu. Kami merekrut anda utk bekerja bersama kami secara sukarela... hanya kerana minat dan untuk peminat... - Penterjemah JP/BC/BI - Editor (cleaning, editing, proofreading) Mx0 adalah siri manga tentang kisah komedi di sekolah sihir (magic) karya Yasuhiro Kan (pereka asal Pretty Face) ...mula diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump sekitar tahun 2006 yg mengandungi 23 isu. Jilid pertama mula diedarkan pada 2 November 2006. Utk keterangan lanjut... ...klik link di sebelah tu -----> [ Topik Rekrut ] Manga lain~ akan diumumkan kemudian... 
Posted on 08 Dec 2006 by iruganiisan
GENG the Movie - Les`Copaque Production
Satu lagi persembahan animasi keluaran produksi animasi tempatan Malaysia kita. Rugi woo~ ...kalo korang tak tau pasal animasi ni. Aku bagi sinopsis skit... ...sinopsis ni berdasarkan dari laman web rasmi mereka. Disebabkan terasa kebosanan ketika cuti persekolahan, Badrol mengajak kawan baiknya Lim untuk pergi berkhemah berdekatan kampungnya, tempat dia membesar. Tujuan ke sana hanyalah sekadar merasai semula kehidupan cara hidup Malaysia sebenar di dusun durian datuknya. Namun, percutiannya bukan setakat itu sahaja, sebaliknya telah mengheret mereka ke arah satu tanda tanya dalam siri pengembaraan mereka. Mereka telah menemui satu penemuan misteri tentang sebuah rumah yang berada jauh di dalam hutan itu. Bersama-sama rakan barunya, Rajoo, Ros dan sepasang beradik kembar, telah memberi kata sepakat mereka untuk turut sama membongkarkan rahsia di sebalik kisah sebenar tentang Kampong itu. Nak tau lebih lagi... silalah ke laman web mereka di... www.lescopaque.comPreview sneak peek... -----[ streaming video ] k4in ada bincang pasal tu gak -----[ Topik di PHQ ] Selamat Menonton!! -desu. 
Posted on 05 Dec 2006 by iruganiisan
e-Award Untuk Rakan Komuniti di P-HQ
Setelah lebih setahun laman web PuteraNiME dan forum PuteraNiME-HQ beroperasi di ruang siber. Ada di kalangan rakan-rakan di P-HQ yang masih setia bersama P-HQ dan ...yeah~!! ada juga dikalangan mereka ini telah memberi sedikit sumbangan dan bantuan samada secara fizikal ataupun mental untuk dikongsi bersama dengan rakan komuniti yang lain. Setinggi Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih. Bagaimanapun, tidak semua di kalangan ahli P-HQ tahu tentang sumbangan yang diberikan oleh mereka itu. Oleh itu, PuteraNiME-HQ bercadang akan mewujudkan sistem pemberian Anugerah/Award sebagai tanda akan sumbangan mereka dalam bentuk imej bergambar sebagai tanda pengiktirafan. Antaranya... Kepada rakan-rakan ahli PuteraNiME-HQ yang lain... anda juga layak menerima asalkan ada minat dan berminat. Imej bergambar tersebut juga boleh diletakkan dalam laman web persendirian masing-masing (jika ada) sebagai tanda pengiktirafan komuniti P-HQ kepada anda. Untuk penerangan lanjut... -----[ Baca Lagi ] Sekian... Jutaan Terima Kasih sekali lagi  ...dan Selamat Bergumbira.
Posted on 22 Nov 2006 by iruganiisan
SELAMAT DEEPA-RAYA Aidilfitri!!
*Harap masih ada kesempatan utk mengucapkannya* Saya dan juga Ahli2 Majlis Mesyuarat Tingkap *ahem* ...maaf (buat lawak raya je ...hehehe) maksud aku mewakili rakan2 di P-HQ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kpd rakan kita yg beragama Hindu dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua rakan2 sesama Islam di PuteraNiME-HQ khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Dengan Tulus Ikhlas... Maaf, Zahir dan Batin. p/s: Maaf... betul2 minta maaf sbb lambat nak ucap... 
Posted on 31 Oct 2006 by iruganiisan
Mengenai Studio GONZO
Hmm... apa yang terbaru mengenai GONZO... Laman web dah tukar baru... sayangnya English section dah takde... [ Lawan Web Rasmi ] Pasal studio baru utk versi Live-Action... GONZO Revolution... dah wujud... barangkali siri anime Blue Submarine No. 6 the Movie (live Action) akan jadi kenyataan. Laman web GR [ Official Web ] Pasal "Filem Animasi" BRAVE STORY ...kerjasama antara Warner Bros. (WB) dgn Fuji TV Broadcaster. Brave Story Trailer [ streaming video ] Laman web rasmi [ Official Web ] Pasal animasi AFRO SAMURAI... promosi animasi tu dah dimulakan... dan FUNImation sebagai pengedar rasmi utk siri Afro Samurai. Afro Samurai Trailer [ streaming video ] Laman web rasmi [ Official Web ] Kepada korang yg masih tidak tahu tentang Studio GONZO... bleh baca artikel pasal tu di sini dalam ruangan [ Studio Anime ]  Amacam... cam best ka~? Banyak lagi pasal GONZO... tapi... susah skit aku nak cerita lebih sebab laman web versi English dah takde pulak dah.
Posted on 06 Sep 2006 by iruganiisan
Kemaskini...?! *sigh*
Memadangkan hari ni aku ada masa terluang... aku just kemaskini (update) apa-apa je dalam laman web ni. ----- 3 Anime Music Video... [ A.M.V ] - Loveless Roberta O.D.T - If Us Can Make One! - Tenchi in Love ~instrumental~ Dah lama dah buat... baru hari ni nak hebohkan  ----- Galeri aku... [ 4-A Gallery ] Sesaje nak open... aku guna website ni untuk post screenshot misalnya utk. artikel Anime Prebiu & Rebiu aku contohnya. Kalo dulu... aku pakai Yahoo Album... slow giler nak open. Hmm... barangkali berguna juga kot utk korang... sbg. bahan utk buat avatar or signature banner. ----- 2 Mini Kelab baru... [ One Piece ] ...dan [ Tenchi Muyo! ]. One Piece hmm... masih lagi diperingkat nak kumpul ahli (peminat/penonton) dan Tenchi Muyo! pulak akan dikendalikan oleh aku sendiri. Berminat nak sertai? Jom la masuk...!! ----- Itu ajelah kot... Sekian.  Terima kasih kerana... menggunakan perkhidmatan Kafra Corp.
Posted on 01 Sep 2006 by iruganiisan
<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next >> |