Sakuragi Hanamichi, main character dari SlamDunk memang salah satu watak yang paling gila dalam arena mangaNime ni. Dengan gila-gila dia, dengan keganasan dan saiz, memang menjadi favorite ramai fan. Baru-baru ni aku ade dapat beberapa sumber yang menyatakan Sakuragi Hanamichi adalah seorang individu yang sememangnya pernah wujud di Jepun.
Macam yang dah ditunjukkan dalam manga dan anime, Sakuragi ni seorang yang bertubuh tinggi, kuat, dan sering mengamalkan keganasan, kuat bergaduh. Dia dilahirkan pada tahun 1968 dan masa umur dia 17 tahun, tinggi dia dah mencapai 189cm. Dia memang seorang pemain yg hebat, dah dipanggil sebagai bakal pemain bintang bola keranjang dan harapan di Jepun. Malangnya, masa umur dia 18 tahun, dia meninggal dunia setelah dilanggar oleh kereta ketika turun dari bas, semasa dia nak melawat ayahnya di hospital.